Friday, October 24, 2008

RAYA...OH..RAYA....

Hari raya tahun ni Ummi tak dapat beraya..sebab terpaksa bekerja demi untuk negara..tapi Ummi dapat cuti sebelum raya itupun sbb Adik Ami kena Measles ari tu..dapatlah ummi peluang berpuasa bersama keluarga kat kg. Kebetulan dua tiga hari sebelum Hari raya..along balik dr Sabah dan anak2 buah Ummi pun balik awal..dapatlah berjumpa jugak. Kita raya pun hari Rabu minggu depan kan..jadi diaorg balik lepas hari jumaat


Lepas berbuka dan solat Maghrib..aper lagi..berlarilah Hakim nak main bunga api..tengok la tue...tahun ni dah berani pegang sendiri berbanding tahun lepas..sebab tahun lepas baru nak belajar main bunga api..


Macam2 ragam..ader yang cucuh kat rumput..nasib baik nenek korang gi solat terawih..kalo tak..nahas la...





Ni waktu tengahari..yang berpuasa sibuk tido dan berehat..yang tak berpuasa..teruskan hidup dengan bermain...ligat betul Hakim dan abg2 sedara...


Lepas kejer..Hakim balik kg sekejap...nak bergambar bersama keluarga besar..

Dok makan ketupat dengan Faris, anak along...

HAKIM...FARHAN....FARIS...
Hakim..sebelum balik Kl petang tu...sbb ummi kene balik kerja...sian..dia..










HAKIM DAN KAWAN

Jiran sebelah rumah ni Hakim tak panggil nama..tiap2 hari lalu depan rumah asyik dok menyapa "KAWAN".."KAWAN"..kelakar plak aku dengar bila dengar diaorang ni bersembang. Ni anak tauke kedai runcit kat bawah umah aku tu..namanyer Redza..tua setahun dari Hakim.Tiap2 hari bertandang rumah Hakim. Yer la..kalau rumah teres..banyak la kawan..tapi kat kl ni susah nak cari umah atas tanah..ni la kawan yang ada pun..yang lain semua anak kecik lagi..




tadaa...kawan baeeeekkkk..punyer...tapi kalau merajuk..masing2..tarik muka..klakar..


Redza ni ada lagi 2 org adik..tapi mak dia tak bagi datang sebab suka menyelongkar barang2 aku..heheh..baguih jugak..


Adik Ami pun nak jugak berkawan..tapi slalu ketinggalan..org berlari..dia berlari..dia bukan tau yang bebudak berdua ni tak main pun dengan dia..syiok sendiri...sian..


Dah penat menyerepahkan umah..break time...


inilah kenangan terindah bila Hakim dah berpindah rumah November ni dan bila dah besar...boleh jumpa lagi..


Wednesday, August 20, 2008

RAMBUT DAH PANJANG

Rambut Hakim dah panjang. Cepat betul panjang..Baru jerk ari tu potong sblm babah gi out station. Ni dah panjang balik. Satu kejer lagi pulak nak memujuk si abang sorang ni. Bukan apa..nak potong rambut jerk tapi macam kena kerat satu badan. Dia punyer menangis mintak simpati..aku rasa..kalau gi kedai..mamak kat kedai tu pun tak sanggup nak potong..sbb kesian..dipujuk rayu..dengan air mata meleleh mintak tak payah potong..tengok jer la gambar kat bawah nih...satu jam lebih dok potong rambut dia sajer..mulanya nak potong sikit jerk tapi akhirnya...heheh..


Babah suruh Hakim pandang depan tapi dia pandang ke kiri plak..


Terpaksa pegang muka Hakim...tengok la mukanya tu..cuak jerk..klakar betul..



"Dah la tu Babah..sian kat rambut Hakim ni.."


Janji mesti dilaksana..lepas potong rambut, kena bawak Hakim gi shopping..erm..ni la..rambut baru Hakim...ni kat plaza Law Yat...kat depan kedai komputer...ensom tak?


Sunday, August 17, 2008

MASA BERSENI

Hari ni masa untuk melukis. Pgi2 lagi aku dah g kedai beli kacang botol dan bendi..Nak mengecop plak rasanya..Hakim yang sememannya tak sabar-sabar nak mengecop sampaikan nak mandi pun tak mau. Biarlah..lepas ni boleh la mandi..

Mula-mula sediakan bahan-bahannya:-

  1. Kertas lukisan
  2. Bendi dan kacang botol
  3. Water colour
  4. Berus ikut suka ati la..
  5. Air

kentang tu sebenarnya nak masak sup.

Lepas tu picitlah water colour ikut warna yang disukai..Hakim suka warna hijau dan oren



Lepas tu amiklah kacang botol, warnakan dan coplah macam buat kain batik..




Dan..inilah hasilnya...




Tunggulah sampai lukisan kering. Lepas tu simpanlah dalam fail seni. Esok kita buat yang lain plak.










Friday, August 8, 2008

LAUKKU DAH CUKUP MASIN..

Pagi tadi aku tanya Hakim dia nak makan aper hari ni..dia kata nak makan serunding...Jadi..aku pun ajaklah dia gi kedai gi cari bahan-bahan nak buat serunding. Serunding nih memang kegemaran dia...
Mula-mula aku sediakan:-
Udang kering
kelapa parut-putih ajer
serai - dihiris
garam sikit
bawang merah - dihiris

Ni lah udang kering yang Hakim pilih kat kedai tadi..


Pastu udang kering tuh kenalah ditumbuk hingga halus..bergaya sakan Hakim menumbuk udang...


lepas tuh..campurkan bahan-bahan semua dan sangai sampai kering..

Dan..inilah hasilnya...sampai menjilat jari..


Menjelang malam..Hakim plak tak bley tido sebab lenguh kaki tangan..sian..

















Thursday, July 31, 2008

happy sunday...

Happy Sunday everybody..Bila aku dah jarang on pc..sbb masalah kesibukan..erm..bermakna blog anak2 aku pun rest la sekejap..tapi takper..aku akan cuba luangkan maser sikit..
Ni nak citer..ari tu me n my family g lepak kat tasik..maklumlah dah lamer gak tak kuar.Yer la babah kan sibuk..apalagi suker la si abang long sorang ni..berseri-seri muka si abang long...klakar jerk..terlompat-lompat bila kata "siap cepat...saper nak g taman.."

Sebenarnyer jarak umah aku dgn tasik ni taklah jauh maner..tak sampai 10 minit jerk..haha..sajer jerk nak manja ngan babah nak suh bawak gak..padahal boleh g sendiri ngan anak2..bila sampai kat tasik..abang long terus berlari g taman..siap jerit dan lambai tgn kat kengkawan yang ader..(macamlah org kenal dia) dengan muka selamba kodok.

Sempat lagi berposing kat keter..bukannyer dia tak tau ader budak tengah naik keter tue..



Lari anakku lari..



tak taulah..nak bergambar ker nak main ni sayang...



Benda ni yang Hakim paling suka... biar cepat panjang...



apa yang adik ami boleh buat ummi..tengok ajer lah..sian dia..tak bley jalan lagi kan..















Sunday, June 8, 2008

laparnyer perutku..

Saturday, May 31, 2008

I'M NOT DREAMING

Thursday, May 15, 2008

KENANGAN BERSAMA SEPUPU SEPAPAT...

hari masa perjumpaan family kat kampung ..sumer sepupu sepapat Hakim ada..riuh rendah rumah atok and nenek..Gambar ni diambil masa rayer ari tue..tak silap aku malam raya..yerlah bila sumer dah balik tunggang langganglah jadinya..

Hakim memang tak pandai main bunga api..dia takut nak pegang..sian..Nasib baik Ami tolong ajarkan... Akhirnyer Hakim berani pegang sendiri..tu pun still lagi takut-takut..tak boleh nak lari2 sebab tak pandai lagi..


Ni gambar Hazmi baru lepas minum susu..


Ni gambar Hakim dengan anak Abg Wan, ummi umairah..heheh..malu..malu plak dia..


ooooppppssss....ha..macam ni la..nak amik gambar...Hakim ni boleh tahan gak la kalau nak amik gambar..boleh lah nak shoot pun..

















Ni gambar dengan anak-anak Abg Wan..namanya Masitah dan ummi umairah...








IMAGINASI CRAZY FROG HAKIM...

Semalam..masa sessi melukis kat rumah..Aku tanya hakim dia nak lukis gambar apa?Dia kata dia nak lukis gambar animal...erm..boleh jugaklah..dari dia dok lukis gambar kereta babah dia jerk..This time aku bagi kelonggaran kat dia nak lukis apa yang terlintas dalam fikiran dia..Hakim cakap animal ni dah kawen..nama dia umi dan babah...oooo..pelik namernyer..kita tengok ajer lah..

mula-mula aku tak tau Hakim nak lukis gambar apa.Bila ditanya dia kata nak lukis gambar crazy frog babah..erm..pelik tue..nama babahnya plak yang glamour..naper mesti "crazy frog babah"...aper agaknye yang babah dia sembang pasal crazy frog..



nilah hasilnya imaginasi "crazy frog babah"...heheh kelakar jerk..patutlah bila dia nak masuk toilet ker..nak gi dapur ker ..mesti dia suruh aku tengok dia..bukan teman..tapi tengok jerk..dia kata dia takut crazy frog..ooooo..rupanyer dia imagine kan si crazy frog tue macam ni..buruk gak..Aku tengok pun takut..tapi tu la..imaginasi anak-anak ni sangat berharga..dan tak patut kita perlekehkan..Penghargaan dan pujian buat anak-anak kita semakin bijak dan kreatif..




Tuesday, May 13, 2008

HAKIM DAH BESAR..


Ni tempat Hakim main toys and baca buku kalau dia rajin..

Koleksi kereta ni sampai sekarang masih boleh digunakan lagi..


umur Hakim dah 3 tahun..5 bulan..biarlah dia celik IT sket..benda yang paling dia minat ialah kereta..kereta..kereta..ni lah tempat lepak Hakim selalu kalau dah borring tengok Astro Ceria...



Erm..masa ni dia tengah main racing car game kat internet..Kalau menang takper gak..Asyik kalah jerk..